Kelas Usahawan - Arissto Coffee

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 16 Disember 2018 telah diadakan satu Kelas Usahawan – Arissto Coffee yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas usahawan ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan dengan produk Arissto Coffee dan juga membuat demo. Kelas usahawan ini telah berlangsung dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Antara pengisian kelas usahawan ini adalah cara untuk menjana pendapatan dengan menjual produk mesin kopi Arissto ini.

Selain itu, demo pembuatan kopi juga dilakukan bagi bagi menambahkan lagi kefahaman berkaitan dengan produk yang ingin di jual. Di akhir kelas usahawan ini, kita akan dapat melihat sejauh mana impian kita boleh dicapai sekiranya kita mampu memasarkan produk ini kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali